Random me before exam dan puasa.

Assalamualaikum :)

Fapp fapp guys, it's already June! Yaya, baru semalam aku type pasal birthday, nah dah June! Dah lah nak June, lagi 2 hari nak puasa dah, lagi 6 hari nak finale???? So, i just got back from KL dah safely landed, tren delayed so adelah beberapa jam baru sampai. Cadangnya nak makan cause i am hungry tapi hujan lebat yampun angin tiup kuat, scary. Roomate takde lagi, so sendirilah untuk beberapa malam ;')

Anyways, dah nak exam ni mestilah rasa nak jerit satu dunia stress. Aku sebenarnya ada satu lagi assignment nak kena submit, tapi gagahlah blogging. Sementara tengah ligat, why not??????
Aku sebenarnya saja nak tulis kat sini, boleh buat modal semangat. Aku tak larat dah nak kurus.... Hahahahaha! Weh hat ni aku serious. Pernah dieteu aku menjadi tapi tahan sebulan je. Lepas tu haram, bila badan dah cecah penimbang pastu kembang sekuntum floria putrajaya semorang puji kau kurus, aku benci tau nafsu suka sangat usik anja. Eh tapi masa tu dieteu aku memang menjadi, exercise, jaga kalori dan ambil air 3 litre 1 hari. Dah namanya 3 litre memang gigih la pergi toilet setiap saat! Berak pun lawas!

Aku pun haih, reso nak kurus tu sentiasa ada dalam list setiap tahun. Baik masa birthday yang ke berapa entah sampailah reso 2000+ . Namun, aku masih lagi seorang gadis berketinggian 155cm berbekalkan berat setengah dozen cheesecake :p , no berat aku 70kg secara roughly. TAK PERNAH LEBIH. Paling kurus aku pernah rasa, 55kg. Zaman PLKN. Yang tu memanglah menjadi, dah pagi petang siang malam berkawad je. Yang ni, kawad sikit tomyam siam, kawad sikit abang ayam depan hostel, kawad sikit pecal lele ape lagi semua ada tinggal akal dengan nafsu je main peranan....

Ramai juga kawan-kawan tanya aku, kenapa kau tak update instagram. Memang dah lama aku idle kan status aku, sampai ada kawan-kawan unfollowed. Katanya aku tak active. I wujud cuma sejenis like kpop je sebab i kan kpopper because why not??? aku pernah la janji kat diri aku, selagi aku tak kurus jangan gatai upload gambar kat instagram. Aku pun tak tahu lah kenapa aku buat janji sebegitu rupa. Semua sebab kegemukkan yang melanda wakakaka. Aku sayang diri aku, sampai lemak susah nak nyah, tapi aku at the same time nak kurus,

Sebab kenapa aku nak kurus, semua sebab kesihatan. Aku yang berketinggian 155cm dan berbekalkan berat 70kg ((ini secara roughly)), dilahirkan kaki tu kecil. Saiz tu tak seimbang, sedangkan badan macam guni beras. Ramai dah suruh aku kurus sebab aku tak larat jalan, sikit-sikit mengah, sikit-sikit pancit, lenguh kaki. Sejenis dah tua rasanya sedangkan baru 22. Hello, 22 tau!
Sebab seterusnya, aku ni ada masalah kesihatan. Tengoklah gemuk-gemuk ni berpeluh mak ai, kalah niagara falls??? Eekekeke, gerak beli makan kat bawah sikit dah macam air terjun gunung ledang. Ha apa lagi, semua ada. Kadang-kadang niat nak bermake-up-lah-sangat-tu terpaksa dihentikan sebab peluh, sampai aku boleh fikir orang lain ni normal tak peluh takdeee pun, ha gitu. Akhirnya aku buat kesimpulan, berpeluh tu sihat toksin keluar dari badan, kenyataan ini dipersetujui oleh omma aku.
Last sebab ((buat masa  ni)) ialah sebab biasanyalah, no offense aku pun baju 2XL tapi biasa baju cantik-cantik ni saiz kecik cinonet. Kadang aku stress shopping baju sebab semua tak muat. Sejenis dengki ke apa aku pun tak pasti, sebab tu orang macam aku selalu tempah je baju raya takpun jahit sendiri sebab market tak banyak offer. How sad.

So, sebab aku tulis entry ni ialah mungkin menjadi pembacaan aku pada masa lapang dan seperti reminder bahawa aku perlu kurus!!!!!!!

Good luck, Kim Bulan! Exam dan puasa, dan yayy raya. Oh god i need to find kerja as well. Toodlessssss

 Sejenis makeup tah pape serta pose (( eheuh?)) 


Popular posts from this blog

USM Interview Session

Congrats my man!

2019 and I finally graduated!