Happy Birthday, Kim Bulan!

Assalamualaikum :)

Fap fap guys it's my birthday! ((semalam)) huhu, alhamdulillah, i am 22 already. I've got another 8 years untuk stable myself from head-to-toe as well as financial and life. How time flies so fast! Rasanya macam baru semalam habis UPSR,PMR,SPM dengan STPM. Rasa macam baru habis sekolah! Now, aku tengah struggle untuk habiskan degree life dekat Penang. Rasanya baru sangat! Next semester nak jadi senior dah. ((2nd year senior)). Nampak sangat masa sekarang putar laju, harap-harap apa yang aku impikan akan jadi kenyataan. Inshaa Allah :)

Lepas tu macam dah lama tak blogging pasal birthday sendiri. Rasanya dulu ada jugak. Kalau nak cerita pasal celebration birthday, aku tak pernah la organize any party. Sebab takde masa ((curlaas)) serta memang tak suka. I am awkward in society so no party? Tapiiiii, my-18-years-old-kind-of-birthday-party yang paling best pernah aku alami! Sebab, masa tu aku stay dekat PLKN. Seronok sangat. Balik dari solat zohor sesiap untuk class petang, masa kau masuk dorm, semua nyanyi lagu birthday in 3 languages. Rindunya alahai, then budak-budak chinese kumpulkan snack dorang, ikat dalam plastik tulis ''HAPPY BIRTHDAY, MADIHAH''((yaya, my name is Madihah)). A vivid ones i must say. Lepas tu, budak dorm depan pun tumpang nyanyi sekali, seronok kot PLKN. Kalau tanya baliklah, PLKN tu memang seronok. Kawan merata tempat, jadi family tempat kita bergantung kasih sementara 3 bulan. Masa nak berpisah tu cedih. Huks :'(

For this year and as usual, birthday aku takde yang menarik. Takde celebration sebab 15hb Mei ni, kalau kat Msia adalah minggu peperiksaan serta hari guru. 15hb Mei, on every year tahun aku bersekolah adalah pre-hari guru, meaning that sambutan hari guru peringkat sekolah selalu lah orang buat. Takpun, tu time exam pertengahan tahun. Dah lali dari kecil sampai lah sekarang. Dekat Uni ni, musim nak finale. So, memang takde masa. Huks lagi :')

Tapi, tiap tahun juga aku tak pernah jemu dapat birthday wishes. Semua dari orang yang sama, yang bermakna dalam hidup. My parents, family members and bff. Thanks for the wish!

Dan biasalah untuk setiap tahun juga, aku ada azam. Jarang reso aku tercapai. Tapi, untuk 22 ni, aku harap aku semakin matang, reti hidup dalam masyarakat, berjaya dunia akhirat. paling penting, aku dapat jaga hubungan sesama Tuhan dan manusia dengan baik. Solat tak lewat. Huhuhu.

Kalau cakap pasal jodoh pun, ye sekarang sebab dah 22 so aku mesti brace myself, hahahahahahahahaha omo apa ni.


So, since semalam birthday aku, dan aku pun jenjalan kat area seberang, singgah la jap kat aeon. Gigih masuk mr diy, sebab nak self-reward untuk diri sendiri sempena birthday. Hehehe, punyalah poyo rasa gila dan noob tapi bila fikir balik '' NO, THIS IS RIGHT'' takda masalah pun hadiahkan diri sendiri. Semua pun untuk kepuasan diri. Dan aku memang dah lama perhati play-dough macam kat tv tu. Masa nak beli ni, aku rasa macam betul ke kan, tapi since murah dan untuk aku, maka aku ambil juga. Ada je nak beli benda lain untuk hobbies kot tapi tak jadi sebab ternampak ni. So, lepas ni boleh la aku pergi seberang untuk benda ni. Wakakaka. 

Again, happy birthday, Kim Bulan! Semoga dikurniakan jodoh yang baik. Hehehehehe. Bye!




Popular posts from this blog

USM Interview Session

Congrats my man!

2019 and I finally graduated!