Glamourous Night

Assalamualaikum!

Hi everyone eh dah lama tak blogging. Haritu patut ada sweet escape pt 2 tapi biasalah dah hujung sem ni mata dah macam panda, hari-hari (( hari lah sangat )) makan lewat malam sampai babat dah menebal. Aku dah semakin tak teratur. Barulah semester 2, tapi dah serupa final year. Degree life haaa gini lah kot. Tapi biarpun busy? gagah jugak aku blogging. Tak nak lah bagi blog aku hidup macam segan mati tak mahu.

So, haritu eh biasalah dah hujung-hujung semester ni, adalah party sikit (( sikit je )) yang dianjurkan oleh school or arts ataupun pusat pengajian aku ni haa. Seminggu sebelum kot ke bila tah galak jugak recee baju. Dah ada bajunya tapi masa cuti haritu lupa bawak balik ke sini, so tu yang gelabah cari baju. Banyak minta tolong bff sebab aku bukan jenis kaki shopping online bila melibatkan baju. Kalau barang macam cosmetic ke perfume ke aku suka la beli, tapi kalau benda yang nak pakai ni seram sikit lah, takut tak muat ke apa ke. Badan kalau kurus takpelah kot ni persis roti hot dog, so faham jelahh..



Aku pun tak faham kenapa aku suka duduk tersadai macam tu. Babat dah lah berkilo helok terletak cantik macam tu. Lengan pula besar macam ketulan roti. Teringin nak bela coach kasi kurus. Sekali tu coach untuk bercinta jugak lah kot yehet

Nways, nah la gambaq. Enjoy!




Ramai lagi yang glamour. Kak pilih mana yang sesuai. Janji aku lepas jalan pakai pergi majlis. No sempat nak beria lagi-lagi banyak kerja. Nways, night! 



Popular posts from this blog

USM Interview Session

Congrats my man!

Ramadan Tiba Lagi