Tiada lagi lepak lepak.

Assalamualaikum

Hi, kami wanita yang suka berdiri tepi pintu lepas tu ambil photo lepas tu ignore kan cikgu kejap. Ha-ha-ha *dusta*

Trial exam dah habis. Jerawat still tak hilang. Salah saya yang kononnya study ngantuk tak cukup rehat ke. Atau salah saya sebab banyak tidur di petang hari seperti seorang puteri yang sudah kenyang selepas bersantap sendirian di depan tv sambil menonton mara clara. *hypothesis accepted* Dan setelah mendapat keputusan yang tidak berapa menggoda sang mata untuk dipandang berkali maka saya dengan ini mengesahkan saya separuh fedup dan akan berusaha untuk menggoda mata dengan keputusan yang menggoda. Janji melayuww orang cakap jarang boleh pakai, janji hakoooooo? *sorok muka bawah perut kucing*
Dan ohh, lupa nak cakap. Lepas ini akan ada rally exam. Rally exam ni 3minggu juga. Maigod k maigod 3minggu exam lagi rasa macam nak menangis. Macam nak pingsan. Macam &^%$#@* . Hurm. *tongkat dagu*
Tak tahu lah nak describe perasaan kita tapi kita rasa macam kenapa ada rally dan saya sangat penat dan saya asyik menensi-kan diri. If tak dapat capai target mula ah rasa nak hempuk je muka dekat bantal sebab tak dapat achieve apa yang saya nak tu. Weh aku rasa macam aku putar balik ayat ni. ~,~
Lepas habis rally,dengar cerita. Em,ada gerak gempur. Maigod lagi weh berapa banyak niwwwwwwww *lap air mata* Habis gerak gempur dengar cerita, ada Sijil Pelajaran Malaysia. *pingsan tak bangun dah*
Semuanya dengar cerita. Mana yang sahih pun saya tak pasti. Wkwkwkwkwkwkwkwk

The babyfaced beauty *muntah rainbow*

Dan benarlah kata saya sendiri dan mereka yang telah menduduki tingkatan lima bahawasanya,em hujung hujung nak spm rasa macam tak nak bangun. Tak nak sedar. Stress. Rambut pun mula gugur. Jambul pun mula tumbuh. Jerawat mula menebal. Muka berminyak dah boleh tadah masa teloq. Janggut pun dah menebal. Oleh itu,gunalah yun nammmmmmm -..- Tiada lagi kini,muka comelku *cough* menghiasi mekdi mekdi di kawasan tempat tinggalku. Tiada lagi mukaku menyusuri kawasan tempat tinggalku. Tiada lagi berterabur duit doploh-hinggit kepada apek apek taxi yang baik hati tapi kadang cekik darah tu. Tiada lagi lepak lepak gelak dengan kembaqq mahupun bestiee ala ala mamak yang ada ala ala lopa. *heyyyyyy!* Urgh,not so cool y'know. But, i have to admit why i have so much time on twitter? Does anyone can help me to figure out this things together. Oh,don't ah? K. *slowly walk away sambil bawa bunga tulips* Selamat Beraja jaya para 95's! :)


Popular posts from this blog

USM Interview Session

Congrats my man!

2019 and I finally graduated!