20110908

Kalau Boleh

 

Hi Fellas :)

Kalau boleh aku nak jerit dekat dunia
Jerit sepuas hati 
Lepaskan segala amarah yang melanda diri tika ini

Kalau boleh aku nak cakap dekat kau
Kalau aku benci tengok muka kau
Biar kau tahu , biar kau tahu
Yang aku memang tak suka kau.

Kalau boleh aku nak lari dari sini
Lari daripada semua orang yang aku kenal
Mulakan hidup baru 
Jejakkan hati dengan benda baru
Tinggalkan tapak yang lama
Bikin rumah baru

Kalau boleh aku nak dekat dengan sahabat aku
Cakap dengan dia aku sedih sangat-sangat
Cakap dengan dia aku buntu dengan hidup 
Bilang ke dia yang aku perlu teman untuk bicara.

Kalau boleh aku nak dekat dengan ALLAH
DIA lah segala-galanya
DIA lah tempat untuk aku meluahkan semuanya
Meleraikan segala kekusutan yang melanda jiwa
Biar hati bersih , dalam aku tak sakit. 

KALAU BOLEH ..............




Notes : YA ALLAH , PERMUDAHKANLAH PERJALANAN HAMBA-MU INI, DUNIA AKHIRAT. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. AMIN 



LosofCHENTA
xoxo
Azuree