20110910

Cubalah

 

Fellas :)

Buah rambutan jatuh bergolek
Sekarang aku ada balek

Apa yang aku nak suruh korang cuba ni? Hihi takdelahh , semenjak dua-menjak aku dah menginjak ke usia yang lebih siket. Ehuuu , bonda ada suruh aku try minum air halia plus madu. Kata beliau , nanti esok lusa badan aku tak lembik , nanti dah kahwin beranak takdelah keluar angin membuak-buak. Ok mak aku yang fikirkan kahwin bukan aku #blushing-miang. Sooo hari khamis hari itu aku ada minum air tu. Rasa dia manes uh uh nak termuntah aku hiks! Haaa almaklumlahh tekak aku ni selera western #Tihpuhh Sebab tuh takdapat telan betul. Hehehe soo sekarang aku nak share ape itu halia- A big thanks to wikipedia :)

INTRODUCTION

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

KHASIAT DAN LAIN-LAIN
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

Pffftttttttttttttt banyak kot khasiat dia. Oleh itu jangan lupa cubalah untuk hasil yang menawan.  Hehehe , Dah selamat jadi losyen untuk bakar lemak  pun juaa ni. Aku pun guna panas panas hehe. Tak kurus-kurus juaa. Erkkk ,  lagipula cuba engkau tengok muka CZJ , cantik ja kan. ohh ohh CZJ stands for CATHRINE ZETA-JONES. Cuba kau tanya ade ke tidak dia minum air ni. Konpem dia cakap iyee. Kalau korang percaya , memang betullah kena tipu dengan aku. Hehehehe. Orang cina memang suka guna halia ni. Tapikan halia ni ada pahit siket hehe. Memang lahh mula-mula kau minum air halia madu ni  tekak rasa geli sebab first timee. Lama-lama biasa lahh dia. Alah Bisa Tegal Biasa bukan?  

 
 LotsOfCinta
Xoxo
Azuree